TABARRUJ
"Apabila seseorang wanita mendedahkan kepada lelaki lain yang bukan mahramnya, apa yang wajib ke atasnya menutupnya menurut syarak, seperti perhiasan dan kecantiknnya."
Tabarruj yang di maksudkan di atas - perbuatan wanita
mendedahkan perhiasan dan kecantikannya kepada lelaki yang
bukan mahramnya - termasuk perbuatan menunjukkn daya penarik
yang ada padanya, seperti perhiasannya, kedu-dua lengannya,
kedud-dua betisnya, dadanya, lehernya dan wajahnya.
Abul A'la al-Maududi berkata: "jika kalimat Tabarruj dipergunakan
kepada kaum wanita, mengandungi tiga pengertian:
Hukum Tabarruj
Tabarruj adalah haram hukumnya menurut al-Qur'an dan
al-hadis begitu juga mengikut ijmak kaum muslimin.
Oleh itu, wanita adalah aura seluruhnya dan tidak boleh dipandang oleh
lelaki ajnabi, samada memandang tubuhnya, rambutnya, perhiasannya,
dan pakainnya yang batin.
Apa yang dilakukan oleh kaum wanita zaman sekarang? seperti yang
sama - sama kita saksikan wanita memakai pakaian yang terbelah sana
dan sini, bertabarruj serta mempamerkan perhiasan mereka,
sesunggunya ini adalah satu perbuatan maksiat yang nyata.Mereka
melakukannya kerana mencontohi wnita - wanita kafir dan untuk
kelihatan lebih mempesona.
Bukan perkara yang jarang lagi bagi kaum wanita sekarang keluar
rumah, tanpa segan silu mereka membuka tudung di kepalanya,
mendedahkan tengkuk atau lehernya, memakai baju yang menampak-
kan kedua - dua lengannya serta menampakkan kedua - dua
betisnya.
Begitu juga apabila keluar rumah dengan pakaian yang ketat dan
nipis sehingga menampakkan lekuk - lekuk serta setiap inci bentuk
tubuh mereka. Adakah mereka mengetahui apa yang sedang mereka
lakukan itulah yang dinamakan Tabarruj yang diharam-
kan oleh Allah dan Rasulnya.
Wahai kaum wanita yang di kasihi Allah s.w.t..
Adakah kita sedar bahawa perbuatan seumpama itu merupakan
kemungkan besar, yang bertentangan dengan ajaran agama yang suci?
Apabila alpa kita lupa, kita sedar tapi terleka dengan nikmat duniawi
yang sementara.Ayuh..bangkitlah wahai sayap kiri para mujahid, kita
juga adalah mujahidah yang dijanjikan syurga dengan mentaati segala
perintah dan larangannya.
DALIL-DALIL YANG MENGHARAMKAN TABARRUJ:-
Oleh kerana Tabarruj membawa kefasadan yang banyak,
maka al-Quran dan al-hadis kedua-duanya merupakan sumber syariat
islamiyah yang mesti kita rujuk tentang larangannya(pengharamannya).
1. Firman Allah dalam surah al-Ahzab
وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الأولَى وَأَقِمْنَ الصَّلاةَ وآتِينَ الزَّكَاةَ وَأَطِعْنَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنْكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيرًا (٣٣)
33. Dan hendaklah kamu tetap diam di Rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti Yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu Dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara Yang mencemarkan diri kamu - Wahai "AhlulBait" dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari Segala perkara Yang keji).
( z`ôJÏ%r&ur no4qn=¢Á9$# úüÏ?#uäur\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\ no4q2¨9$# z`÷èÏÛr&ur ©!$# ÿ¼ã&s!qßuur 4
Ìã ª!$#
2. Firman Allah dalam surah an-Nur
وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الإرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاءِ وَلا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ (٣١)
31. Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya.
3. Firman Allah dalam surah an-Nur
وَالْقَوَاعِدُ مِنَ النِّسَاءِ اللاتِي لا يَرْجُونَ نِكَاحًا فَلَيْسَ عَلَيْهِنَّ جُنَاحٌ أَنْ يَضَعْنَ ثِيَابَهُنَّ غَيْرَ مُتَبَرِّجَاتٍ بِزِينَةٍ وَأَنْ يَسْتَعْفِفْنَ خَيْرٌ لَهُنَّ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ (٦٠)
60. Dan mana-mana perempuan tua Yang telah putus kedatangan haid, Yang tidak mempunyai harapan berkahwin lagi maka tidak ada salahnya mereka menanggalkan pakaian luarnya, Dengan tidak bertujuan mendedahkan perhiasan mereka; Dalam pada itu perbuatan mereka menjaga kehormatannya (dengan tidak menanggalkan pakaian luarnya itu adalah) lebih baik bagi mereka; dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.
إن المرأة عورة فإذا خرجت استشرفها الشيطان)).(رواه البزار والترمذي)))
"sesungguhnya wanita ituadalah aurat, setiap kali mereka keluar syaitan akan memperhatikannya".
0 peluru:
Catat Ulasan