.

25 Ogos 2013

Posted by Unknown On 2:45:00 PTG

Assalamualaikum teman-temanku di laman  Kerikil Cahaya ini..
Semoga kalian berada di bawah naungan dan magfirah Allah s.w.t. Kerikil Cahaya kembali menitipkan perkongsian ilmu bersama kalian, untuk paparan kali ini mengenai" Solat Dan Siksaan Bagi Orang Yang Meninggalkan Solat.

Duhai teman-temanku..
Solat lima waktu merupakan kewajipan bagi kita yang beragama islam melainkan ada keuzuran yang disyariatkan oleh Allah s.w.t  seperti kedatangan haid,nifas dan ornang yang mengalami luka yang parah ataupun hilang akal dan sebagainya.
Kerikil  Cahaya tertanya-tanya  di dalam hati kenapa sukarnya untuk menunaikan solat lima waktu?berat sangatkah untuk menyempurnakan kewajipan yang dipertangunggjawabkan ke atas diri kita?.

Ayuh teman-temanku yang dikasihi..
Meskipun kita mengetahui siksaan bagi orang yang meninggalkan solat tetapi kita tetap meninggalkannya, apakah kita tidak ada sedikit pun rasa takut dengan azab dan kemurkaan Allah s.w.t. Allahu akbar betapa takutnya hamba-hamba Allah yang siangnya bekerja/belajar hanya kerana mencari keredhoan Allah semata-mata, di malam harinya dengan bertahajjud dan beristiqfar memohon keampunan kepadanya, ketika itu di mana kita? hanyut dengan nikmat dunia, lalai dengan nikmat dn keindahan yang diberikan allah sehingga kita lupa dan alpa ke mana akan kita pergi selpas kehidupan yang sementara ini.

Teman-teman yang dicintai kerana iman dan taqwa..
Renungkan bersama bagaimana gambaran azab bagi orang yang meninggalkan solat lima waktu.
Dalam peristia Isra' Miraj Rasulullah s.a.w, bukan saja diperlihatkan tentang balasan orang yang beramal baik, tetapi juga diperlihatkan balasan orang yang membuat mungkar, diantaranya siksaan bagi orang yang meniggalkan solat lima waktu. Mengenai balasan bagi orang yang meninggalkan solat lima waktu: Rasulullah s.a.w, diperlihatkan  pada suatu kaum yang menghantukkan kepala mereka pada batu, setiap kali hentukkan itu menyebabakan kepala pecah, kemudian ia kembali kepada keadaan semula dan mereka tidak terus berhenti melakukannya. Lalu Rasulullah bertanya: "Siapakah ini wahai Jibril?Jibril menjawab: "Mereka ini orang yang berat kepalanya untuk menunaikan solat lima waktu".(Riwayat Tabrani).

 Saad bin Abi Waqas bertanya kepada Rasulullah SAW mengenai orang yang melalaikan Sholat, maka jawab Baginda SAW, “yaitu mengakhirkan waktu Solat dari waktu asalnya hingga sampai waktu Solat lain. Mereka telah menyia-nyiakan dan melewatkan waktu Sholat, maka mereka diancam dengan Neraka Wail”.

Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut menafsirkan hadis di atas “yaitu orang yang melengah-lengahkan Solat mereka sehingga sampai kepada waktu Solat lain, maka bagi pelakunya jika mereka tidak bertaubat Allah menjanjikan mereka Neraka Jahannam tempat kembalinya”.

Maksud Hadis: “Siapa meninggalkan solat dengan sengaja, maka sesungguhnya dia telah kafir dengan nyata”.

Berdasarkan hadis ini, Sebahagian besar ulama (termasuk Imam Syafi’i) berfatwa: Tidak wajib memandikan, mengkafankan dan mensolatkan jenazah seseorang yang meninggal dunia dan mengaku Islam, tetapi tidak pernah mengerjakan solat. Bahkan, ada yang mengatakan haram mensolatkanya.

Ya Allah..
betapa dahsyatnya keadaan itu,  jauhilah kami dari golongan yang engkau murkai
bimbinglah kami ketika mana kami alpa dan leka dengan nikmat duniawi, jadikanlah kami hamba yang sentiasa dekat denganmu dalam apa jua keadaan sekalipun. Marilah sama-sama kita beristiqfar:

تبنا الى الله..ورجعنا الى الله.. وندمنا على ما فعلنا..تبنا يا الله..ورجعنا ياالله وندمنا ياالله ياالله."
أستغفر الله رب البرايا..أستغفر الله من الخطايا..ربي زدني علما نافعا ووافقني عملا مقبولا فتب علي توبة نصوحا ".

Mudah-mudahan segala amalan yang kita lakukan mendapat pahala dan kebaikan di sisinya, amin.