Assalamualaikum teman-temanku di laman Kerikil Cahaya ini..
Semoga kalian berada di bawah naungan dan magfirah Allah s.w.t.
Kerikil Cahaya kembali menitipkan perkongsian ilmu bersama kalian, untuk
paparan kali ini mengenai" Solat Dan Siksaan Bagi Orang Yang
Meninggalkan Solat.
Duhai teman-temanku..
Solat lima waktu merupakan kewajipan bagi kita yang beragama islam
melainkan ada keuzuran yang disyariatkan oleh Allah s.w.t seperti kedatangan haid,nifas dan ornang yang
mengalami luka yang parah ataupun hilang akal dan sebagainya.
Kerikil Cahaya
tertanya-tanya di dalam hati kenapa
sukarnya untuk menunaikan solat lima waktu?berat sangatkah untuk menyempurnakan
kewajipan yang dipertangunggjawabkan ke atas diri kita?.
Ayuh teman-temanku yang dikasihi..
Meskipun kita mengetahui siksaan bagi orang yang meninggalkan solat
tetapi kita tetap meninggalkannya, apakah kita tidak ada sedikit pun rasa takut
dengan azab dan kemurkaan Allah s.w.t. Allahu akbar betapa takutnya hamba-hamba
Allah yang siangnya bekerja/belajar hanya kerana mencari keredhoan Allah
semata-mata, di malam harinya dengan bertahajjud dan beristiqfar memohon
keampunan kepadanya, ketika itu di mana kita? hanyut dengan nikmat dunia, lalai
dengan nikmat dn keindahan yang diberikan allah sehingga kita lupa dan alpa ke
mana akan kita pergi selpas kehidupan yang sementara ini.
Teman-teman yang dicintai kerana iman dan taqwa..
Renungkan bersama bagaimana gambaran azab bagi orang yang
meninggalkan solat lima waktu.
Dalam peristia Isra' Miraj Rasulullah s.a.w, bukan saja diperlihatkan
tentang balasan orang yang beramal baik, tetapi juga diperlihatkan balasan
orang yang membuat mungkar, diantaranya siksaan bagi orang yang meniggalkan
solat lima waktu. Mengenai balasan bagi orang yang meninggalkan solat lima
waktu: Rasulullah s.a.w, diperlihatkan
pada suatu kaum yang menghantukkan kepala mereka pada batu, setiap kali
hentukkan itu menyebabakan kepala pecah, kemudian ia kembali kepada keadaan
semula dan mereka tidak terus berhenti melakukannya. Lalu Rasulullah bertanya:
"Siapakah ini wahai Jibril?Jibril menjawab: "Mereka ini orang yang
berat kepalanya untuk menunaikan solat lima waktu".(Riwayat Tabrani).
Saad
bin Abi Waqas bertanya kepada Rasulullah SAW mengenai orang yang melalaikan
Sholat, maka jawab Baginda SAW, “yaitu mengakhirkan waktu Solat dari waktu
asalnya hingga sampai waktu Solat lain. Mereka telah menyia-nyiakan dan
melewatkan waktu Sholat, maka mereka diancam dengan Neraka Wail”.
Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut menafsirkan hadis di atas “yaitu orang yang melengah-lengahkan Solat mereka sehingga sampai kepada waktu Solat lain, maka bagi pelakunya jika mereka tidak bertaubat Allah menjanjikan mereka Neraka Jahannam tempat kembalinya”.
Maksud Hadis: “Siapa meninggalkan solat dengan sengaja, maka sesungguhnya dia telah kafir dengan nyata”.
Berdasarkan hadis ini, Sebahagian besar ulama (termasuk Imam Syafi’i) berfatwa: Tidak wajib memandikan, mengkafankan dan mensolatkan jenazah seseorang yang meninggal dunia dan mengaku Islam, tetapi tidak pernah mengerjakan solat. Bahkan, ada yang mengatakan haram mensolatkanya.
Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut menafsirkan hadis di atas “yaitu orang yang melengah-lengahkan Solat mereka sehingga sampai kepada waktu Solat lain, maka bagi pelakunya jika mereka tidak bertaubat Allah menjanjikan mereka Neraka Jahannam tempat kembalinya”.
Maksud Hadis: “Siapa meninggalkan solat dengan sengaja, maka sesungguhnya dia telah kafir dengan nyata”.
Berdasarkan hadis ini, Sebahagian besar ulama (termasuk Imam Syafi’i) berfatwa: Tidak wajib memandikan, mengkafankan dan mensolatkan jenazah seseorang yang meninggal dunia dan mengaku Islam, tetapi tidak pernah mengerjakan solat. Bahkan, ada yang mengatakan haram mensolatkanya.
Ya
Allah..
betapa
dahsyatnya keadaan itu, jauhilah kami
dari golongan yang engkau murkai
bimbinglah
kami ketika mana kami alpa dan leka dengan nikmat duniawi, jadikanlah kami hamba
yang sentiasa dekat denganmu dalam apa jua keadaan sekalipun. Marilah sama-sama
kita beristiqfar:
تبنا الى الله..ورجعنا الى الله..
وندمنا على ما فعلنا..تبنا يا الله..ورجعنا ياالله وندمنا ياالله ياالله."
أستغفر الله رب البرايا..أستغفر الله
من الخطايا..ربي زدني علما نافعا ووافقني عملا مقبولا فتب علي توبة نصوحا ".
Mudah-mudahan
segala amalan yang kita lakukan mendapat pahala dan kebaikan di sisinya, amin.

0 peluru:
Catat Ulasan