.

26 Mac 2013

Posted by Unknown On 6:38:00 PTG
أحسن إلى الناس
Berbuat baiklah kepada manusia
Hadis qudsi: ((Sesungguhnya Allah akan berfirman kepada hamba-Nya dia menghisab manusia pada Hari Kiamat,"Wahai anak adam,Aku lapar,tetapi kamu enggan memberi Aku makan. Si hamba menjawab,"Bagaimana mungkin aku memberi Engkau makan,sedang Engkau adalah Tuhan Semesta Alam". Allah berfirman,"Tidakkah dahulu kamu tahu bahawa ada seorang hambaku yang kelaparan namun kamu tidak mahu memberinya makan?sekiranya kamu memberinya makan tentu kamu akan mendapat pahalanya di sisi-Ku))-Hadis riwayat Al-Bukhari.

25 Mac 2013

Posted by Unknown On 9:40:00 PTG
Di dalam sebuah hadis dinyatakan bahawa:
"Di antara yang membuat orang bahagia adalah ia meminta keputusan Allah, kemudian ia redha dengan keputusan yang ditetapkan-Nya. Dan di antara perkara yang membuat seseorang itu sengsara adalah kerana ia meminta keputusan daripada Allah kemudian marah terhadap apa yang telah ditentukan-Nya".
-(hadis riwayat At-Tirmizi, Al-Bazzar dan Hakim)-

22 Mac 2013

Posted by Unknown On 3:04:00 PTG
Yahya Bin Ma'adz ar-Razi berkata : "Hidup di dunia ini umpama tidur dan hidup di akhirat itu umpama jaga . Jika seseorang itu menangis semasa mimpinya, dia akan ketawa apabila dia terjaga . Begitu juga, orang yang menangis di dunia ini kerana takutkan Allah akan tersenyum di akhirat".

08 Mac 2013

Posted by Unknown On 11:53:00 PTG

                 Teman




Duhai teman..
Tingkatkanlah dirimu dngn amalan
jauhilah perbuatanmu dari larangan
kuatkanlah hatimu kerana tuhan
pasti dirimu punya ketenangan

Duhai teman..
Dunia ini hanya pentas lakonan
akhirat kelak akan dipertontonkan
jadilah makhluk sebaik-baik ciptaan.
kelak  di sana tidak menjadi penyesalan.

Posted by Unknown On 11:52:00 PTG



Syair arab ada menyebut :





Apabila engkau melakukan kebajikan maka engkaulah yang dikasihi.
Kata-katamu didengari dan perbuatan mu diterima.

Akan tetapi apabila engkau melakukan kejahatan,maka diri mu tidak lagi disukai,kata-katamu tidak diendahkan dan perbuatanmu dianggap melampau.
Posted by Unknown On 11:51:00 PTG



بسم الله الرحمن الرحيم


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Segala puji-pujian bagi Allah Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad Sollallahu 'alaihi wasallam dan ke atas keluarga baginda dan juga para sahabatnya.
Setangkai penghargaan yang tidak terhingga kepadasemua yang banyak bertungkus lumus dalam menjadikan laman ini (kerikil cahaya) sebagai satu wadah untuk menyampaikan ilmu yang bermanfaat kepada ummah umumya juga kepada remaja khusunya.

Di  zaman cabaran arus globalisasi ini kita diserang dengan pelbagai serangan pemikiran dari budaya barat yang mahu menjatuhkan kita sebagai ummat islam, dari semulia-semulia makhluk yang diciptakan sehinggalah menjadi sehina-hina makhluk yang dibenci tuhannya .

Sebagai empunya halaman ini, besar harapan saya agar ia dapat memberi pengetahuan  yang berguna dan bernilai kepada semua, juga bimbingan teladan bagi memenuhi diri kita sebagai khalifatullah di persada dunia.Semoga kita mendapat rahmat dan magfirahnya di dunia dan di akhirat sana.




SEHELAI RUMPUT LIAR

Sebatang rumput liar bertahan dari..

tiupan angin kencang & kemarau panjang..

Ia akan tumbuh meski dipotong ribuan kali..

Ia akan tetap berdaun lebat meski kadang
dimakan ulat..

walau Ia sering terinjak & terabaikan tapi ia masih bisa memberikan Oksigen kehidupan

bagi ekosistem selalu disekitarnya..

Ia masih bisa jadi tempat berlindung bagi
semua atau ulat-ulat kecil..

Mudah-mudahan kita bisa seperti rumput liar
itu..

Tetap Berdiri walau kadang Lemah..
Tetap Tegar walau kadang Hati Menangis..
Tetap Sabar walau di beri Ujian yang Berat..
Tetap Ikhlas Menjalani apapun Ketetapan-Nya..





Semoga kita tetap istiqamah di jalan-Nya..
Kerana Hidup terlalu Mahal untuk Di sesali apalagi di Tangisi. . .

Salam santun ukhuwah Islamiyah dari saya fikrahamani.