.

28 Oktober 2013

Posted by Sanabarki On 2:30:00 PTG



KISAH SI PEMBUNUH 100 ORANG TAUBATNYA DITERIMA
Assalamu'alaikum wr. wb. sahabat...

Kisah ini sudah sangat terkenal, bagaimana Kisahnya?


Berikut Kisahnya. 

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim dikisahkan bahawa dahulu ada seorang lelaki yang telah membunuh 99 orang.
Lelaki ini telah berlumuran darah, jari jemarinya, pakaiannya, tangan dan pedangnya semuanya dibasahi oleh darah.

Lelaki pelaku kejahatan ini telah melumuri dirinya dengan darah jiwa yang diharamkan oleh Allah membunuhnya serta mencabut nyawa mereka. Sesudah dirinya berlumuran dengan kejahatan dan dosa besar ini, dia menyedari kesalahannya.

Maka keluarlah ia dengan pakaian yang berlumuran darah, sedang pedangnya masih menitiskan darah segar dan jari jemarinya berlumuran darah juga. Ia datang bagaikan seorang yang mabuk, gelisah, ketakutan seraya bertanya-tanya kepada semua orang,

"Apakah aku masih boleh diampuni?"

Orang-orang berkata,

"Kami akan menunjukkanmu kepada seorang rahib yang tinggal di kuilnya, maka sebaiknya kamu pergi ke sana dan tanyakanlah kepadanya apakah dirimu masih boleh diampuni."

Dia menyedari bahawa tiada yang dapat memberi hukum dalam masalah ini, kecuali hanya orang-orang yang ahli dalam hukum Allah. Ia pun pergi ke sana, ke tempat rahib itu, seorang ahli ibadah dari kalangan kaum Bani Israil.

Pertemuan Dengan Rahib.
Dia pergi melangkah dengan langkah yang cepat dengan penuh penyesalan karena dosa-dosa yang telah dilakukannya. Lalu ia mengetuk pintu kuil si rahib tersebut.

Lelaki pembunuh itu masuk dan ternyata pakaiannya masih berlumuran darah segar, membuat si rahib kaget bukan kepalang.

Si rahib berkata,

"Aku berlindung kepada Allah dari kejahatanmu."

Si pembunuh bertanya,

"Wahai rahib ahli ibadah, aku telah membunuh 99 orang, maka masih adakah jalan bagiku untuk bertaubat?"

Si rahib spontan menjawab,

"Tiada taubat bagimu."

Akhirnya si pembunuh ini berputus asa memandang kehidupan ini. Di matanya, dunia ini terasa gelap, kehendak dan tekadnya melemah, dan keindahan yang terlihat di matanya menjadi buruk.

Si pembunuh ini akhirnya mengangkat pedangnya dan membunuh rahib itu sebagai balasan yang setimpal untuknya menggenapkan 100 orang manusia yang telah dibunuhnya.

Selanjutnya ia keluar menemui orang-orang serta bertanya lagi kepada mereka, bukan kerana alasan apa, melainkan karena jiwanya sangat menginginkan untuk taubat dan kembali ke jalan Tuhannya serta menghadap kepada-Nya.

Ia bertanya kepada mereka,

"Masih adakah jalan untuk bertaubat bagiku?"

Mereka menjawab,

"Kami akan menunjukkanmu kepada Fulan bin Fulan, seorang ulama, bukan seorang rahib, yang ahli tentang hukum Tuhan."

Pertemuan Dengan Orang Alim.

Setelah pembunuh itu ditunjukkan ke tempat seorang alim, akhirnya si pembunuh itu pergi menemui orang alim itu yang pada saat itu berada di majlisnya sedang mengajar generasi dan mendidik umat.

Orang alim itu pun tersenyum menyambut kedatangannya. Begitu melihatnya, ia langsung menyambutnya dengan hangat dan mendudukkan di sebelahnya setelah memeluk dan menghormatinya.

Ia bertanya,

"Apakah keperluanmu datang kemari?"

Ia menjawab,

"Aku telah membunuh 100 orang yang terpelihara darahnya, maka masih adakah jalan taubat bagiku?"

Orang alim itu balik bertanya,

"Lalu siapakah yang menghalang-halangi antara kamu dengan taubat dan siapakah yang mencegahmu dari melakukan taubat?

Pintu Allah terbuka lebar bagimu, maka bergembiralah dengan ampunan, bergembiralah dengan perkenan dari-Nya, dan bergembiralah dengan taubat yang mulus."

Si pembunuh berkata,

"Aku mahu bertaubat dan memohon ampun kepada Allah."

Orang alim berkata,

"Aku memohon kepada Allah semoga DIA menerima taubatmu."

Selanjutnya orang alim itu berkata kepadanya,

Sesungguhnya engkau tinggal di kampung yang jahat, kerana sebagian kampung dan sebagian kota itu adakalanya memberikan pengaruh untuk berbuat kedurhakaan dan kejahatan bagi para penghuninya.

Barang siapa yang lemah imannya di tempat seperti itu, maka ia akan mudah berbuat durhaka dan akan terasa ringanlah baginya semua dosa, serta memudahkannya untuk melakukan tindakan menentang Tuhannya, sehingga akhirnya ia terjerumus ke dalam kegelapan lembah dan jurang kesesatan.

Akan tetapi, apabila suatu masyarakat yang di dalamnya ditegakkan amar ma'ruf dan nahi mungkar, maka akan tertutuplah semua pintu kejahatan bagi para hamba.

Oleh karena itu, keluarlah kamu dari kampung yang jahat itu menuju ke kampung yang baik. Gantikanlah tempat tinggalmu yang lalu dengan kampung yang baik dan bergaullah kamu dengan para pemuda yang soleh yang akan menolong dan membantumu untuk bertaubat.

Singkat cerita, akhirnya sang pembunuh meninggalkan kampung itu dan pergi ke tempat yang ditunjuk oleh orang alim terakhir sambil menangis dan menangis menyesali semua perbuatnnya. Dari satu kampung ke kampung lain telah dilewatinya dan semakin dekat dengan tempat yang dituju. Belum sampai pada tempat yang dituju, sang pembunuh ini meninggal di tengah perjalanan.

Apakah taubatnya diterima Allah SWT?

Saat itu turunlah dua malaikat yang merebutkan sang pembunuh, yang seorang berkeyakinan untuk menceburkannya ke dalam neraka dan seorang lagi berkeyakinan untuk memasukkannya ke dalam surga. Kerana perebutan terjadi, maka mengadulah kedua malaikat itu kepada Allah SWT.

Allah SWT memberikan perintah untuk mengukur jarak antara kampung maksiat dengan tempat yang dituju. Setelah diukur, ternyata sang pembunuh sudah mendekati jarak dengan kampung orang alim (tempat yang ditujunya).
Maka surgalah tempat orang itu berada.

Subhanallah...
Sungguh besar sekali pengampunan Allah SWT kepada hambanya. Tak terkirakan dosa yang dilakukan manusia, Allah SWT tetap memberikan ampunan selama orang tersebut mahu bertaubat dengan taubatan nasuha.

Begituah sahabat, kisah Seorang Pembunuh yang telah membunuh sebanyak 100 orang.

Semoga bermanfaat...




Ingatlah sahabat-sahabat semua... Allah tidak pernah menutup ruang untuk hamba-hambanya bertaubat.

Sedangkan Allah boleh mengampunkan dosa hambanya yang menggunung tinggi serta melangit luas, apakah kita tidak boleh memaafkan kesalahan sahabat-sahabat kita yang lain? Pejam mata, fikirkan sejenak.... muhasabah.



~ maafkanlah semua kesalahan dan kesilapan kerikil cahaya ~

26 Oktober 2013

Posted by Unknown On 3:39:00 PTG
 NILAI SEBUAH KEINSAFAN

      Keinsafan itu mula terbit bilamana kita tersungkur kedalam lembah dosa. Sedarkah kita, sesungguhya mnginsafi diri bukan ketika melakukan dosa sahaja, tetapi menginsafi dengan mengambil iktibar dari sejarah dan kisah-kisah yang berlaku dikalangan wali-wali Allah, Ulamak,dan juga para sahabat- sahabat nabi.

      Seseorang yang sentiasa menginsafi diri lebih mulia dari seseorang yang sentiasa merasai dirinya yang cukup sempurna, sedangkan tanpa kita sedari sebenarnya kita juga adalah seorang insan yang tidak terlepas daripada  melakukan kesalahan dan kesilapan sepanjang hidup kita di dunia ini. Ayuh kita membina jati diri kita sebagai seorang hamba yang sentiasa istiqfar dan memohon keampunan darinya.Kita dilahirkan di dunia ini dengan akal yang sempurna, tidak sebagai seorang yang sentiasa terpelihara dari melakukan dosa. Apa gunanya akal yang diberi tanpa merenung dan memikirkan apakah bekalan yang akan kita bawa ke sana nanti? Jika kita mengejar dunia akhirat akan lari dan jika kita mengejar akhirat dunia akan datang kepada kita.
       Fenomena ini seringkali berlaku ketika mana Kerikil Cahaya masih di alam remaja lagi, berbagai persoalan diungkapkan oleh manusia yang mengejar kemewahan dunia dengan menyatakan apa yang anak-anak kami akan dapat bila mereka sudah menamatkan pengajian di pondok ini? Fikir-fikirkanlah wahai teman-temanku, jika kita tidak punya bekalan ilmu agama khususnya mampukah kita menjadi seorang imam mahupun seorang bilal? mampukah kita menjadi seorang yang alim dengan ilmu agama yang bleh membawa kita menuju ke negeri akhirat? mampukah kita memandikan jenazah keluarga kita?.
Tepuk dada tanyalah iman kita, bersediakah kita menerima azab dan siksaan dari Allah? Ya Allah kami memohon perlindungan dari azab dan siksaanmu,di dunia jua di akhirat sana. Nilai sebuah keinsafan itu amat berharga walaupun terdetik sedikit di hati untuk menginsafinya diri.