.

03 April 2013

Posted by Unknown On 9:39:00 PG
BICARA PENGEMIS BAHAGIA

Sahabat..
Izinkan aku berbicara
sekelumit  rasa  tak pernah ku duga
ujian  tiba tika aku tak bersedia.
Sahabat..
aku pengemis bahagia
walau tak ku pinta derita
menagis dalam hiba tak ku cerita.
Sahabat..
Terkadang teruji  juga kesabaranku
kerana aku tak setabah dikau
ku juga tak  sekuat dikau.
Sahabat..
ketika  insan sedang dibuai mimpi
aku bangun mnginsafi diri
sebak di hamparan sujud insani.
Sahabat..
ku bangun dari derita semalam
agar hidupku tidak lagi kelam
hanya doa darimu ku damba
dari seorang  insan pengemis bahagia.