BICARA PENGEMIS BAHAGIA
Sahabat..
Izinkan aku berbicara
sekelumit rasa tak pernah ku duga
ujian tiba tika aku tak bersedia.
Sahabat..
aku pengemis bahagia
walau tak ku pinta derita
menagis dalam hiba tak ku cerita.
Sahabat..
Terkadang teruji juga kesabaranku
kerana aku tak setabah dikau
ku juga tak sekuat dikau.
Sahabat..
ketika insan sedang dibuai mimpi
aku bangun mnginsafi diri
sebak di hamparan sujud insani.
Sahabat..
ku bangun dari derita semalam
agar hidupku tidak lagi kelam
hanya doa darimu ku damba
dari seorang insan pengemis bahagia.

0 peluru:
Catat Ulasan