.

22 September 2013

Posted by Unknown On 5:28:00 PG
BILA TERHANTUK BARU TERSEDAR

Ya Allah ya tuhanku..
 betapa jauhnya aku denganmu..
tatkala ujian datang menyapa diriku..
baru ku sedari betapa hinanya aku..
betapa sesalnya aku lantaran keeogoanku.

Ya rabbi..
mana mungkin aku tidak mahu menjadi serikandi
bahkan bercita-cita  ingin menjadi ketua bidadari
setiap kali aku bangun aku rebah dan tersungkur lagi
walaupun kepayahan melanda hati tetap ku gagahi

Ya lathif..
kau lembutkanlah hati dan jiwa
seorang hamba yang lemah tenaga
tanpa menghiraukan apa itu sengsara
tega berdiri menitiskan butir-butir mutiara

Ya a'lim..
engkau mngetahui segala yang tersembunyi di alam
jangan engkau biarkan aku dalam kegelapan yang kelam
sedarkanlah aku dengan cahayamu tika mana aku tenggelam
lumrahnya kehidupan insani bila terhantuk baru tersedar siang atau malam.

Bingkisan ini ku titipkan pada diri yang penuh kekurangan
moga setiap kekurangan itu dapat kuperbaiki dari masa ke semasa
doa dan harapan mengiringi setiap langkahku untuk menggapainya
mudah-mudahan aku mampu meneruskan perjuangan hingga ke akhirnya.