NILAI SEBUAH KEINSAFAN
Keinsafan itu mula terbit bilamana kita tersungkur kedalam lembah dosa. Sedarkah kita, sesungguhya mnginsafi diri bukan ketika melakukan dosa sahaja, tetapi menginsafi dengan mengambil iktibar dari sejarah dan kisah-kisah yang berlaku dikalangan wali-wali Allah, Ulamak,dan juga para sahabat- sahabat nabi.
Seseorang yang sentiasa menginsafi diri lebih mulia dari seseorang yang sentiasa merasai dirinya yang cukup sempurna, sedangkan tanpa kita sedari sebenarnya kita juga adalah seorang insan yang tidak terlepas daripada melakukan kesalahan dan kesilapan sepanjang hidup kita di dunia ini. Ayuh kita membina jati diri kita sebagai seorang hamba yang sentiasa istiqfar dan memohon keampunan darinya.Kita dilahirkan di dunia ini dengan akal yang sempurna, tidak sebagai seorang yang sentiasa terpelihara dari melakukan dosa. Apa gunanya akal yang diberi tanpa merenung dan memikirkan apakah bekalan yang akan kita bawa ke sana nanti? Jika kita mengejar dunia akhirat akan lari dan jika kita mengejar akhirat dunia akan datang kepada kita.
Fenomena ini seringkali berlaku ketika mana Kerikil Cahaya masih di alam remaja lagi, berbagai persoalan diungkapkan oleh manusia yang mengejar kemewahan dunia dengan menyatakan apa yang anak-anak kami akan dapat bila mereka sudah menamatkan pengajian di pondok ini? Fikir-fikirkanlah wahai teman-temanku, jika kita tidak punya bekalan ilmu agama khususnya mampukah kita menjadi seorang imam mahupun seorang bilal? mampukah kita menjadi seorang yang alim dengan ilmu agama yang bleh membawa kita menuju ke negeri akhirat? mampukah kita memandikan jenazah keluarga kita?.
Tepuk dada tanyalah iman kita, bersediakah kita menerima azab dan siksaan dari Allah? Ya Allah kami memohon perlindungan dari azab dan siksaanmu,di dunia jua di akhirat sana. Nilai sebuah keinsafan itu amat berharga walaupun terdetik sedikit di hati untuk menginsafinya diri.

0 peluru:
Catat Ulasan